FISHING ENGINEERING

Tuesday, July 6, 2010

Tasik Kenyir, Terengganu.

PENGENALAN

Tasik Kenyir merupakan antara lokasi memancing yang terkenal di Malaysia. Ia terletak di hulu Sungai Terengganu, Terengganu dan merupakan tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Secara geografi, koordinat tasik kenyir ialah 5°00′N 102°48′E.

Keluasan takungan air tasik kenyir ialah seluas 260,000 hektar disamping 340 buah pulau, 14 air terjun, beberapa jeram, sungai serta gua.


Gambar di atas menunjukkan peta Tasik Kenyir.

Tasik Kenyir dan belantara di sekelilingnya juga menjadi rumah bagi lebih daripada 8,000 spesies bunga, 2,500 spesies pokok dan tumbuhan termasuk 800 spesies orkid dan 300 spesies kulat. Tidak hairan jika sudah bertahun-tahun lokasi itu memukau hati ramai pengunjung hanya kerana pandangan kali pertama.


Fenomena dahan dan batang pokok kering di permukaan tasik adalah panorama biasa di Tasik Kenyir. Ianya adalah pucuk atau hujung pokok balak yang telah ditenggelami air.


Keadaan pulau-pulau yang terdapat di Tasik Kenyir. Dahulunya adalah puncak bukit atau gunung.

src="http://4.bp.blogspot.com/_-1tVn0ZSiII/TDNLp_gXPLI/AAAAAAAAAVM/IZ6xYnP8TXQ/s320/6.JPG" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5490815555488660658" />


Antara panorama Tasik Kenyir

Bagi golongan kaki pancing, kajian terkini mendapati terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar membiak di dalam Tasik Kenyir. Bagaimana agaknya aksi dan cabaran menaikkan baung, lampam, toman dan kelah di sini?

BAGAIMANA KE TASIK KENYIR?

Dari Kuala Lumpur, banyak kaedah perjalanan boleh dicuba. Pemandu perlu menggunakan Lebuh Raya Karak menghala ke arah Kuantan, Pahang. Seterusnya sama ada hendak mengikuti Lebuh Raya Jerangau-Jabor di wilayah Ketengah Jaya untuk sampai ke Ajil atau pun melalui jalan pesisir pantai Kemaman-Dungun-Kuala Terengganu.

Jika dari Utara, pemanduan merentas Lebuh Raya Timur-Barat juga banyak menawarkan pengalaman kembara yang menakjubkan sebelum sampai ke Tasik Kenyir.

Untuk pemandu dari Johor, laluan pesisir pantai menjadi pilihan ramai iaitu laluan dari Mersing ke Pekan, Pahang seterusnya ke Kuantan dan Terengganu atau juga menggunakan Lebuh Raya Tun Razak dari Segamat-Muazzam Shah-Kuantan.

Masa yang diperlukan untuk sampai ke Tasik Kenyir dari Pekan Kuala Berang ialah kira-kira 30 minit sahaja. Untuk sebarang pertanyaan, pengunjung boleh menghubungi Pusat Maklumat Pelancong, Pengkalan Gawi di talian 09-6267788 atau 09-6668498. Pengunjung juga boleh menghubungi Ketengah di talian 09-8223100 bagi mendapatkan keterangan lanjut.

PENGINAPAN DI TASIK KENYIR

1) Lake Kenyir Resort & Spa
Chalet jenis Superior dan Deluxe, Suit Kenyir dan Executive dengan setiap satunya mempunyai anjung persendirian. Telefon : 09-6668888

2) Petang Island Resort
Terletak 22km dari Pengkalan Gawi. Resort ini menawarkan 2 chalet suit, 19 chalet standard, 5 chalet executive, 2 hostel dan 20 tapak khemah. Telefon : 09-6221276 .

3) Kenyir Santuary Resort
40 chalet binaan kayu bergaya tradisional melayu dibina di atas tanah tinggi Pulau Poh dengan kadar penginapan antara RM100 hingga RM180. Telefon : 09-6266106.

4) Remis Rakit
45 buah bilik gaya terapungdi Sungai Petualang dengan kadar penginapan RM210 bagi pakej 2 hari 1 malam. Telefon : 09-6812125.

5) Lake Land Resort
Terletak di Pulau Lata Terap yang sejauh 22km dari Pengkalan Gawi. Ia menyediakan sejumlah 22 buah chalet. Telefon : 019-2782939.

6) Uncle John Resort
22 buah bilik yang mengadap tasik dengan kadar RM150++. Chalet gaya terapung ini berdekatan dengan Air Terjun Lasir. Telefon : 09-6262020

7) Ping Anchorage Travel and Tour
Telefon : 09-6262020.

AKTIVITI-AKTIVITI DI TASIK KENYIR


Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Tasik Kenyir ialah bersiar dengan bot, berkayak, merentas hutan, ekspedisi pacuan empat roda dan panggilan padang golf adalah antara senarai riadah dan rekreasi yang popular di sekitar tasik yang menjadi pintu masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong ini.

Jika kawasan perkhemahan dan trek merentas hutan mudah disertai di sepanjang Sungai Saok, Lasir, Cacing, Lawit, Petang, Terenggan, Tembat dan Pulau Poh, aktiviti rentas hutan yang ekstrem pula menanti di trek laluan ke puncak Gunung Gagau.

Tidak ketinggalan ialah aktiviti meneroka gua. Selain Gua Taat, Gua Bewah sangat diingati kerana kisah kehidupan manusia prasejarah banyak diceritakan sepanjang usia kewujudannya.

Memetik perancangan kerajaan negeri melalui kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, Tasik Kenyir dijangka muncul dengan tarikan baru iaitu aktiviti jelajah pulau.

Sebanyak 10 buah pulau kecil yang terdapat di bahagian utara Tasik Kenyir akan dibangunkan mengikut tema tertentu.

Projek yang dilaksanakan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) itu akan menyaksikan pembinaan Taman Eko-Kenyir seluas 61 hektar di Pulau Selimbar, Pulau Tekak Kecil dan Pulau Kuala Tekak.

Khabarnya taman orkid, taman tropika, taman rama-rama dan taman burung akan dibangunkan di beberapa lokasi berhampiran.

Biar apa pun tujuannya, jangan pula terjadi apa-apa yang boleh mengorbankan keindahan yang sudah sedia ada di Tasik Kenyir. Datanglah ke sini dan alamilah sendiri!

MEMANCING DI TASIK KENYIR

Terdapat kira-kira 300 spesies ikan air tawar membiak di dalam Tasik Kenyir. Antaranya Baung, lampam, toman dan kelah, belida, keli dan haruan.


Toman


Lampam


Baung


Belida


Kelah

Kemudahan yang disediakan untuk kaki pancing di Tasik Kenyir ini ialah rumah bot yang amat sesuai untuk aktiviti memancing di samping selesa untuk berehat. Antara agensi yang boleh membantu pengunjung yang ingin menggunakan rumah bot ini untuk memancing ialah;
1) Natasha World Travel & Tours
Telefon : 03-4270 2550
2) En. Latip
Telefon : 013-9680127






Antara perkhidmatan rumah bot yang terdapat di Tasik Kenyir.

SEJARAH KEWUJUDAN TASIK DAN EMPANGAN KENYIR.

Tasik kenyir terbentuk dengan terbinanya Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud. Ia adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu.

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu, almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.


Antara pemandangan Empangan Kenyir yang sempat saya rakamkan.


Pemandangan Tasik Kenyir yang diambil dari kedudukan dam.


Pemandangan laluan yang perlu dilalui oleh pengunjung untuk sampai ke puncak empangan (dam)
Spesifikasi Empangan Kenyir ialah:
• Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:
• * Empangan utama
• Tinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu 15.20 juta meter padu.Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi adalah 145 m maksima dan 120 m minima.
• Takungan : luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah 2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.
• * Tandop – 4 petak.
* Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
* Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap satu.
* Rumah janakuasa
o Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.
o 4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120 MVA sebuah.



Maklumat lanjut:
http://www.tourism.gov.my/my/destinations/item.asp?item=tasikkenyir
http://www.natasha-world.com/index.php?option=com_content&task=view&id=27&Itemid=1

No comments:

Post a Comment