FISHING ENGINEERING

Friday, June 4, 2010

Shimano Stella vs Daiwa Exist

Setelah artikel-artikel sebelum ini membincangkan tentang Shimano Stella dan Daiwa Exist, kali ini saya hanya ingin membuat perbandingan tentang spesifikasi teknikal antara kedua-dua model ini. Kedua-dua model elit ini masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya.






Series 1000
Untuk series 1000, Shimano memperkenalkan Stella 1000S manakala Daiwa pula dengan model Exist 1003. Untuk aspek gear ratio, Stella mempunyai gear ratio yang lebih tinggi berbanding Exist. Untuk line rectrive per crank, masing-masing mempunyai 59cm per crank. Bagi berat reel, Daiwa Exist mempunyai berat yang lebih ringan iaitu 165g berbanding Stella 220g. Walaubagaimanapun Stella mempunyai ball bearing yang lebih banyak berbanding Exist iaitu 13 ball bearing berbanding Exist yang hanya 11 ball bearing. Mungkin inilah yang menyebabkan Stella lebih berat berbanding Exist. Main line yang boleh digunakan masing-masing 100m bagi line 3lb. Untuk harga Stella lebih murah berbanding Exist.

Series 2000
Boleh dikatakan Stella mendahului banyak perkara bermula dengan gear ratio, line rectrive per crank maximum drag force and number of ball bearing. Manakala Exist pula mempunyai berat dan harga yang lebih baik berbanding Stella. Line yang digunakan untuk series 2000 ialah 100m panjang untuk line 4lb.

Series 2500
Series terakhir yang diperbandingkan untuk kali ini ialah series 2500. Gear ratio Stella lebih tinggi berbanding Exist. Walaubagaimanapun, Exist mempunyai berat dan maximum drag force yang lebih baik daripada Exist. Untuk bilangan ball bearing dan harga, Stella dalah lebih baik.

Sekian untuk kali ini, perbandingan di atas bukanlah untuk menunjukkan model mana yang lebih bagus. Berdasarkan perbandingan tadi, mungkin pemancing boleh membuat pilihan model yang mana lebig digemari. Jika meminati gear ratio yang tinggi maka, Stella adalah pilihannya. Bagi yang menyukai reel yang ringan, Exist adalah jawapannya.

Sekian.

No comments:

Post a Comment