FISHING ENGINEERING

Thursday, May 27, 2010

Daiwa Exist

Setelah kita berbicara tentang Shimano Stella, kali ini saya ingin memaparkan competitor kepada Shimano Stella. Daiwa merupakan competitor company kepada Shimano. walaupun kedua-dua company ini berpusat di negara matahari terbit, tetapi mereka masing-masing berlumba-lumba dalam menguasai pasaran antarabangsa di samping pasaran Jepun itu sendiri.

Daiwa mempunyai modelnmya sendiri yang dianggap pencabar kepada Shimano Stella iaitu Daiwa Exist. Daiwa Exist menduduki ranking teratas dalam senarai harga spinning reel.



Dengan spesifikasi dan harga yang tidak jauh berbeza dengan Shimano Stella, Daiwa Exist merupakan pencabar yang sangat sepadan. Daiwa memperkenalkan Real Four sebagai trademark model ini.



Real Four yang dimaksudkan oleh Daiwa ialah Real engine, Real Control, Real Endurance dan juga Real Custom. Keempat-empat ciri ini merupakan aspek penting yang dinilai oleh pelanggan ketika membuat pemilihan untuk pembelian reel.

Real Engine menekankan kepada system asas reel tersebut iaitu Daiwa memperkenalkan Digigear. Digigear dihasilkan bagi mendapat rotation feeling yang bagus disamping kekuatan yang tinggi. Digigear terdiri daripada two peace gear yang terdiri daripada drive gear dan juga drive gear insert. Brass merupakan bahan yang menjadi kebiasaan pengeluar reel untuk digunakan bagi menghasilkan drive gear. Ini kerana bahan ini dapat mengcapai tahap kekuatan, berat dan kos yang diinginkan oleh pengeluar.



Selain itu, elemen lain di dalam Real Engine ialah metal body dan engine Plate. Ini merupakan ciri asas bagi menghasilkan reel yang mempunyai kekuatan yang agak tinggi berbanding reel yang low price yang mana kebiasaannya menggunakan plastic seperti ABS atau Kanebo sebagai body material.

Ciri penting yang dipaparkan oleh Daiwa ialah Silence Oscillation. Ciri ini amat penting untuk sesebuah reel. Pelanggan kebiasaanya menilai aspek bunyi semasa handle rotation sebagai cirri yang kritikal. Oleh itu, pengeluar kebiasaanya akan menitik berat aspek bunyi kerana bunyi yang terhasil semasa reel sedang dioperasi akan memberi imej buruk kepada model tersebut.

Oleh itu, Silence Oscillation kebiasaanya akan menekankan rekabentuk oscillation pawl, oscillation slider dan juga worm shaft. Selain itu, penggunaan bearing juga amat penting di setiap hujung worm shaft dan juga di atas oscillation pawl disamping grease yang sesuai bagi membolehkan oscillation berfungsi dengan smooth, dan silence.



Real Control merupakan elemen kedua di dalam Real Four. Ciri-ciri yang ditawarkan oleh Daiwa di dalam real control ialah Air Bail, Cross Wrap, ABS atau lebih dikenali sebagai Advanced Ballistic System dan juga TB2 iaitu Twist Blister 2



Air Bail merupakan trademark Daiwa. Saya secara peribadi amat menyukai AirBail ini kerana feeling yang agak smooth return dan light weight. Untuk ABS atau lebih dikenali sebagai Advance Ballistic System,terdapat beberapa pendapat tentang design yang paling sempurna untuk high performance casting. Walaubagaimanapun Daiwa menggunakan konsep Abs sebagai rekabentuk yang terbaik untuk hasil casting yang bagus. Konsep ABS ini merupakan pencabar konsep A-RC Shimano.

ABS sebenarnya lebih kepada rekabentuk spoolnya. Diameter Spool ABS kebiasaanya lebih besar daripada rebentuk spool biasa dan diameter spool neck adalah besar dibahagian atas spool dan agak kecil dibahagian bawah spool. Penerangan faedah ABS oleh Daiwa.



ABS (ADVANCED BALLISTIC SYSTEM) SPOOL BENEFITS



100% Useable Line
The ABS spool’s maximized core diameter and reversed taper mean 100% useable line. No “dead” line buried in a deep core. You can fill it with line right up to the edge of the spool lip without fear of tangles.

Fewer Line Tangles
The spool core’s rearward taper helps prevent tangles caused by excessive loops of loosely wound or stiff line falling forward from the spool on outcast.



Less Casting Friction
The huge spool diameter lets line flow freely in larger coils and produces less line memory coil. The result is less casting friction for longer, easier casting.

More Casting Friction
Smaller spool diameter means line flows in tighter coils and produces more line memory coil for increased casting friction.



Ultimate Drag Performance
Maximized spool core diameter allows for huge drag washers with up to twice the surface area of ordinary “Long Cast” reels. Fast starting drag maintains smooth consistency through long runs without excess heat buildup. And because there’s little change in diameter of the spooled line as it feeds out, drag stays more consistent.



Elemen ketiga Real Four ialah Real Endurance. Perkara utama di dalam Real Endurance ialah CRBB atau lebih dikenalik sebagai Corrosion Resistance Ball Bearing yang mana ia menjadi pencabar kepada Shimano A-RB. Secara teknikalnya, CRBB Daiwa adalah special treatment ke atas Stainless Steel Ball Bearing. Daiwa melakukan treatment ke atas stainless Steel Ball Bearing bagi mendapatkan ketahan 12 kali ganda terhadap corrosive saltwater environment berbanding dengan ball bearing biasa. Sama seperti Shimano A-RB, Shimano juga melakukan treatment ke atas stainless Steel Ball Bearing dan menggelarkannya Anti-Rust Bearing.



Elemen terakhir di dalam real four ialah real custom system. Pemilik exist dapat mengubahsuai Exist mereka dengan menggunakan part-part yang ditawarkan oleh Real Custom System seperti spool, handle dan juga handle knob.



Antara rekabentuk Daiwa Exist yang menggunakan Real Custom System.





Sekian untuk kali ini, bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Daiwa Exist Ini, boleh la melayari Laman Web Daiwa.
http://www.daiwa.com/
http://www.daiwafishing.com.au

No comments:

Post a Comment